...Bila Bashar al-Asad Menunjukkan Taringnya...

assalamualaikum..


Sedih sesangat!! bila umat islam kita dikejami..sedih lagi bila aku baru faham apa yg sebenarnya berlaku kepada rakyat di Syria..kenapa?? adakah berita tentang kekejaman ni kurang disebarkan atau sikap kita segenlintir yg tak mahu langsung ambil peduli tentang keadaan saudara kita di sana..aku tak salahkan orang yg tak tahu tentang  berita ini kerana aku juga tergolong dalam kalangan itu..kekadang bila kesibukaan menguasai diri membuatkan kita lupa tentang dunia sekeliling kan..kan.. so jom kita luangkan masa seminit-dua untuk baca entri ni..



Basyar Al-assad ialah president syria pada waktu sekarang yg mewarisi takhta pemerintahan dari bapanya Hafez al-Asad..cara pemerintahan lebih bercorak kepada ditaktor,,dan untuk memastikan pemerintahan itu terus berkekalan beberapa kekejaman telah dilakukan ke atas rakyat Syria termasuklah membunuh..Sejak kebangkitan rakyatnya pada MAC 2011 lebih kurang 85000 rakyatnya telah dibunuh dan mengakibatkan lebih 40 000 orang tercedera dan itu tidak termasuk 180 000 yg berada di dalam penjara sementara lebih kurang 11 000 lagi menjadi pelarian di Turki. Keseluruhan penduduk yg terbunuh terdiri daripada penganut Ahlul Sunnah Wal Jamaah.


SILA KLIK SINI.. cuba banyangkan jika ahli keluarga kita berada di posisi sebegini...adakah kita masih mahu berdiam diri..renung-renungkan..




Salah satu artikel yg aku copy & paste dari FB:


SEPERTI MENYEMBELIH KAMBING BIRI-BIRI..

Tentera rejim Basyar al-Asyar menyembelih 64 orang pemuda di Baba 'Amru. Penyembelihan berlaku secara beramai-ramai awal semalam. Sumber Arabia.net melaporkan bahawa penduduk yang ketakutan telah melarikan diri sehingga mereka tiba di satu sekatan pasukan keselamatan, mereka dibawa menaiki 4 buah bas dengan alasan kononnya untuk dibawa ke tempat yg lebih selamat. Anggota keselamatan terbabit telah menurunkan warga tua sebelum menyembelih kesemua pemuda-pemuda di dalam bas tersebut seramai 64 orang. Turut dilaporkan ialah kehilangan wanita-wanita yang dikatakan telah diculik dan dibawa ke destinasi yg tidak diketahui. Lebih menyayat hati, sumber melaporkan Hospital Kebangsaan di Wilayah Homs menerima 47 mayat yang terdapat kesan disembelih pada leher mereka..klik sini...



P/S: marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan kepada saudara kita di sana dan memberikan sokongan kepada mereka..Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...