...Ujian Buat Diriku...

assalamualaikum,,

hmm dah lama aku tak update blog kan lebih kurang 3 minggu jugak la..ok hari ni nk cakap pasal ujian,,korang percaya tak hidup manusia ni tak pernah sunyi daripada ujian kan..contohnya seperti aku hehe..


first time dalam seumur hidup aku,, aku hilang kertas exam..korang boleh bygkan tak (berapa kali la nk ulang boleh bayangkan tak kan) punyalah penat kau belajar, kau baca, tertongeng-tonggeng atas tilam yg tak berapa nak empuk ni sampai terkehel urat tengkok kiranya macam separuh gila la kau baca (padahal bila exam sikit aje ingat) tapi bila lecture kau cakap dekat kau kertas kau hilang apa perasaan kau??


 hah jawab cepat..ni jawapan aku,,aku tak dapat terima hakikat kertas aku hilang walaupun aku tak de la dapat gempak sangat kan tapi still masa tu aku rasa macam dah hilang separuh kewarasan akal aku ni sampai aku sanggup offer diri pergi cari kertas aku dekat DR Z..






bila DR Z cakap owh the students who did not get their paper please see me after class,,ya allah hanya tuhan sahaja yg taw perasaan aku masa tu rasa macam jantung aku nk melompat keluar kau taw tak..& then bila DR Z cakap kertas aku tak dapat ditemui terus aku rasa segala urat saraf aku mengecut, badan menggeletar, bila-bila masa saja air mata aku nk terhambur kluar masa (ayat habis hiperbola) tu dan part yg agak malu tu bila classmate aku nmpak muka aku mcm nak nangis malu giler..








ok lepas dari keluar class MGT aku pun masuk la class MICRO dengan abis tak dak mood tetiba cik Syiro tegur hehhehe apa lagi terus keluar ayaq mata yg aku tahan tadi so tak nak malu aku pun kluar pergi toilet sambil bawak telefon..(meraung macam orng gila dalam toilet sambil telefon mak) agaknya apa la pandangan orng yg masuk toilet tu kan agaknya dia rasa lain macam tak?? muhehhe..






tapi aku mula sedar something bila aku balik bilik,


kalau aku meraung, menangis air mata darah pun kertas tu tak kan balik pada aku kan
so dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang,
aku redha dengan segala ketentuan yg Allah tetapkan dekat aku,
and Alhamdulillah after that aku rasa tenang seperti biasa..


and lebih kurang pukul 2.30 p.m aku dapat mesej dari DR Z yg kertas aku dah jumpa balik,,,subhanallah betapa besarnya kuasa Allah kan..


love this Quote,,



p/s: Allah tak kan uji hambanya kalau hambanya itu tak mampu nak lalui ujian yg diberikan..









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...